Our Rating
Your Rating
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Movie Reviews – KL Gangster

KL Gangster is a story of a gangster in KL who want change and do not want to be a gangster anymore. Originally, Malek was a gangster who is very influential in KL. He leads the world in KL with his friend named King. But, one day he was arrested by police and jailed for 5 years.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Reviewed by zis on 09 June 2011
    1. Louie Kap says
      23 Jul 12, 12:58pm

      I needed to put you this little word to finally say thank you as before for those striking tricks you’ve featured here. This is strangely generous with people like you to offer freely all a few people would have distributed as an ebook in order to make some dough for their own end, and in particular now that you might have tried it if you ever considered necessary. The inspiring ideas as well served to be the fantastic way to recognize that most people have similar passion much like my personal own to grasp way more on the topic of this issue. I know there are many more enjoyable periods in the future for folks who take a look at your blog post.

      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)
      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)
      (reply)

    Leave a Reply

    // Our Sponsor //

     
    =============================================================== ===============================================================

    Review

    Movie Reviews: KL Gangster – Malay (PG13)

     

    KL Gangster
    (Picture source: http://www.gsc.com.my/Movie/MovieContents.aspx?search=2011.494.klgangster.575 )

     

    KL Gangster Movie Trailer:

     

    KL Gangster Movie Synopsis (Malay Version):

    zis pergi tengok cerita ini pada 09 June 2011 di Golden Screen Cinemas (GSC) bersama zynnea. Dari semalam nak tengok dari tak sempat sebab terlalu sibuk.

    KL Gangster adalah sebuah cerita seorang gangster di KL yang ingin berubah dan tidak mahu menjadi gangster lagi. Pada asalnya, Malek adalah seorang gangster yang sangat berpengaruh di KL. Dia menerajui dunia gangster di KL bersama rakannya yang bernama King. Tetapi, suatu hari dia telah ditangkap oleh polis dan dipenjarakan selama 5 tahun.

    Sejak itu, adik lelakinya bernama Jai telah menyertai kumpulan gangster di bawah kumpulan Dragon. Manakala adik perempuannya pula telah menjadi liar dan menjual pil-pil di kelab-kelab malam. Ibunya pula terpaksa berniaga untuk menyara hidup sendiri. Ibunya telah diabaikan oleh anak-anaknya.

    Selepas Malek keluar dari penjara, dia telah dijemput oleh Fadil. Malek tidak mahu lagi terlibat dalam dunia gangster dan ingin berubah dan mencari duit halal. Pada mulanya dia tinggal bersama Fadil. Kemudian, Shark telah datang ke rumah Fadil untuk mengajak Malek menyertai kumpulan Shark. Tetapi pelawaan tersebut telah ditolak dan berlaku pergaduhan di antara mereka. Ketika itu, King juga datang ke rumah Fadil untuk mengajak Malek menyertai kumpulan King. Shark adalah anak tiri kepada King. Pelawaan King itu juga telah ditolak oleh Malek.

    Selepas itu, Dragon juga telah mengarahkan Ajib untuk mengajak Malek menyertai kumpulan Dragon. Ketika itu, Malek sedang bekerja di sebuah pasar sayur. Dia telah diserang oleh konco-konco Shark. Ajib telah datang untuk menyelamatkan Malek dan terus mengajaknya menyertai kumpulan Dragon. Tetapi, Malek tetap menolak pelawaan kawan baiknya itu.

    Dalam masa yang sama, Shark telah mengumpan Jai untuk menyertai kumpulan Shark. Shark sanggup membayar duit yang lebih kepada Jai supaya Jai menyertai kumpulan Shark. Akhirnya, Jai telah bersetuju dan telah diarahkan untuk menyerang Ajib. Jai bersama rakan-rakannya terus pergi menyerang Ajib. Kali ini, Malek pula datang untuk menyelamatkan Ajib. Malek berasa marah terhadap Shark kerana telah mempergunakan adiknya.

    Shark terus memburu Malek. Kali ini, dia telah menyekat perjalanan Malek dan Fadil. Shark menghancurkan kereta Fadil dan menjadikan Fadil sebagai tebusan. Nasib mereka baik kerana King juga telah tiba di tempat kejadian. King telah memarahi Shark atas tindakannya itu dan telah menghalau Shark keluar daripada kumpulan itu.

    Akibat daripada tidak puas hati terhadap King, Shark telah membunuh King. Selepas itu, Shark telah pergi ke rumah ibu Malek. Ketika itu, Fadil telah datang ke sana dan cuba untuk menghalang Shark. Walau bagaimanapun, Fadil telah dibunuh oleh Shark. Akibat daripada kemarahan itu, Malek datang ke tempat Dragon dan mengatakan bahawa dia ingin menyertai kumpulan Dragon untuk membalas dendam atas kematian Fadil. Walau bagaimanapun, Dragon tidak ingin masuk campur dalam urusan itu. Ini mengakibatkan Malek telah pergi ke tempat Shark seorang diri untuk membalas dendam.

    Walau bagaimanapun, Ajib telah datang dan menyelamatkan Malek. Kemudian, mereka berdua masuk ke kelab milik Shark. Di dalam kelab itu, Jai dan Shark telah bersedia untuk berlawan dengan Malek dan Ajib. Jai berlawan dengan Ajib, manakala Shark berlawan dengan Malek. Akibatnya, Ajib telah kalah di tangan Jai, manakala Shark kalah di tangan Malek. Akhirnya, Malek terpaksa berlawan dengan adiknya sendiri kerana adiknya lebih pentingkan duit daripada keluarga sendiri.

    Akhirnya, Jai telah kalah di tangan Malek. Tetapi, Shark telah bangun dan ingin menembak Malek. Pada saat itu, Dragon telah datang dan sempat menembak Shark dan membunuhnya. Selepas daripada kejadian itu, Jai telah menghilangkan diri. Dragon dan Malek pula melarikan diri daripada diburu pihak polis. Akhirnya mereka telah ditangkap oleh pihak polis.

     

    KL Gangster Movie Synopsis (English Version):

    Click here to read more

    VN:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)

    // Other related posts //

    KL Gangster is a story of a gangster in KL who want change and do not want to be a gangster anymore. Originally, Malek was a gangster who is very influential in KL. He leads the world in KL with his friend named King. But, one day he was arrested by police and jailed for 5 years.

    VN:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Other Reviews

    The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2

    Movie Reviews – The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2

    Movie Reviews: The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 – English (P13)   (Picture source: http://www.gsc.com.my/html/movies-info-synopsis.aspx?ID=12&PID=13&Cat=NowShowing&M_MovieID=82 )   The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 Movie Trailer:   The Twilight Saga: Breaking Dawn Part...

    Resident Evil Retribution

    Movie Reviews – Resident Evil: Retribution

    Movie Reviews: Resident Evil: Retribution – English (18)   (Picture source: http://www.gsc.com.my/Movie/MovieContents.aspx?search=2012.827.residentevil5.1146 )   Resident Evil: Retribution Movie Trailer:   Resident Evil: Retribution Movie Synopsis (Malay Version): Resident Evil: Retribution adalah sebuah cerita sambungan...

    Snow White and The Huntman

    Movie Reviews – Snow White and The Huntsman

    Movie Reviews: Snow White and The Huntsman – English (PG13)   (Picture source: http://www.gsc.com.my/Movie/MovieContents.aspx?search=2011.716.snowwhitehuntman.1006 )   Snow White and The Huntsman Movie Trailer:   Snow White and The Huntsman Movie Synopsis (Malay Version): Pernahkah...

    Piranha 3DD

    Movie Reviews – Piranha 3DD

    Movie Reviews: Piranha 3DD – English (18)   (Picture source: http://www.gsc.com.my/Movie/MovieContents.aspx?search=2011.433.piranha3dd.503 )   Piranha 3DD Movie Trailer:   Piranha 3DD Movie Synopsis (Malay Version): Filem itu bermula dengan siaran Berita kira-kira setahun selepas serangan...

    Men In Black 3

    Movie Reviews – Men In Black 3

    Movie Reviews: Men In Black 3 – English (PG13)   (Picture source: http://www.gsc.com.my/Movie/MovieContents.aspx?search=2011.719.meninblack3.976 )   Men In Black 3 Movie Trailer:   Men In Black 3 Movie Synopsis (Malay Version): Apa yang akan anda...

    Dark Shadows

    Movie Reviews – Dark Shadows

    Movie Reviews: Dark Shadows – English (18)   (Picture source: http://www.gsc.com.my/Movie/MovieContents.aspx?search=2011.717.darkshadow.1042 )   Dark Shadows Movie Trailer:   Dark Shadows Movie Synopsis (Malay Version): Setiap keluarga mempunyai syaitannya. Dan syaitan tersebut mungkin menjadi ahli...

    MARVEL'S THE AVENGERS

    Movie Reviews – Marvel’s The Avengers

    Movie Reviews: Marvel’s The Avengers – English (PG13)   (Picture source: http://www.gsc.com.my/Movie/MovieContents.aspx?search=2011.721.avengers.833 )   Marvel’s The Avengers Movie Trailer:   Marvel’s The Avengers Movie Synopsis (Malay Version): Adakah anda pernah melihat mana-mana filem yang...

    Blog

    Gosip Artis – Nora Danish Enggan Terburu-buru

    Gosip Artis – Nora Danish Enggan Terburu-buru   Nora Danish   “KALAU ada jodoh, Insya-ALLAH. Tapi sekarang ni saya belum memikirkan ke arah itu (kahwin)!.” Demikian reaksi aktres seksi, Nora Danish mengenai hubungannya dengan...

    Gosip Artis – Isu Gambar Bogel, Bikin Ika Nabila Mengamuk

    Gosip Artis – Isu Gambar Bogel, Bikin Ika Nabila Mengamuk   Ika Nabila   KL, 11 SEPT 2013: Murai Batu akui yang laman sosial Instagram merupakan laman favourite Murai Batu untuk memuatnaik foto ketika...

    Gosip Artis – Asmidar Makin ‘Hot’

    Gosip Artis – Asmidar Makin ‘Hot’   Asmidar   MESKIPUN masih hijau dalam industri seni, namun anak jati Kuala Lumpur ini semakin dikenali. Menariknya, dia dikenali bukan kerana paras rupa, sebaliknya vokal yang mantap...

    Gosip Artis – Dapur Panas: Neelofa Teruja

    Gosip Artis – Dapur Panas: Neelofa Teruja   NEELOFA dan Nik Michael ‘serbu’ kem tentera untuk program Dapur Panas.   Pengalaman mengacarakan program masakan terbaru, Dapur Panas cukup istimewa buat aktres dan pengacara jelita,...

    Gosip Artis – Nyanyian Bukan Main-main

    Gosip Artis – Nyanyian Bukan Main-main   KETIKA ini penyanyi Ainan Tasneem Ridzuan boleh berbangga apabila single pertamanya, Aku Suka Dia sudah ditonton lebih sejuta kali sejak dimuat naik ke laman YouTube tahun lalu.Tidak...

    Gosip Artis – Najwa, Shila Bukan Calang-calang!

    Gosip Artis – Najwa, Shila Bukan Calang-calang!     BIARPUN usianya boleh dikatakan masih mentah, namun bakat yang dimiliki penyanyi remaja popular ini bukanlah calang-calang. Kemunculannya beberapa tahun lalu pernah menjadi fenomena apabila video...

    Gosip Artis – Dia Pembohong – Ashraf

    Gosip Artis – Dia Pembohong – Ashraf   GAMBAR pernikahan antara Ashraf dengan Wan Sakinah di Thailand pada 7 Julai lalu mula tersebar di internet.   RAMADAN tahun ini barangkali Ramadan paling banyak onak...